Assalamualaikum,
cup kek sejurus sahaja keluar dari oven....
Alhamdulillah, semalm dapat menghasilkan ciffon cupkek yang telah lama diidamkan. . Akhirnya dapatlah resipi yang jelas dari blog masam manis, dan hasilnya walla, mendapat pujian dari keluarga...Customer brownies selalu bertanya ada produk lain ke nak beli, inilah hasilnya. Resipinya seperti dibawah
Rujukan: masam manis
Bahan A
4 biji kuning telur
30 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu Dutchlady UHT
40 ml minyak canola Natural
55 gm tepung superfine
20 gm tepung kastard
1 sudu teh baking powder
Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh garam
80 gm gula halus
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan ~35 biji solo cup size S
1. Satukan bahan kering, tepung superfine, tepung kastad dan baking powder dan ayak 3 kali.
2. Pukul kuning telur dengan gula hingga bersatu dengan tangan sahaja, masukkan susu, minyak canola dan pukul lagi hingga sebati lalu masukkan bahan kering. yang ini menggunakan whisk tangan sahaja.
3. Di lain mangkuk yang kering, pukul putih telur dengan garam hingga berbuih, lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga bancuhan menjadi gebu dan bertanduk. ini menggunakan whisk mesin pembancuh.
4. masukkan adunan telur putih ke dalam adunan merah telur dan kacau dengan ksedah kaup balik sehingga sebati semuanya.
5. tuangkan adunan ke dalam paper cup sehingga 3/4 penuh, ~15gm sehingga habis.
6. bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dulu selama 15min dengan suhu 170C .
7. Bakar selama ~15-17min, mengikut kesesuaian oven.
Apabila sejuk picitkan custard filling ke dalam cup kek.

Bahan custard
15 gm tepung
15gm tepung kastad
60 gm besar gula
200ml susu UHT Dutch lady full cream
1 biji telur size AA
30 gm mentega
semuanya digaul hingga sebati lalu dimasak diatas api kecil dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakan dari bergentel. Tetapi jangan risau sekiranya bergentel juga, masukkan kedalam blender, blend 1 minit, walla menjadi licin seperti digambar, sebabnya produk saya pun bergentel juga hehehe.
siap di pek untuk disimpan. sesiapa berminat silalah mencuba. memang sedappp.... atau tel 0179188427 untuk tempahan...

Wallahu'alam


No comments:
Post a Comment