amalan harian macam tak sempat aje nak buat dalam bulan Ramadan ni, dengan mengejar untuk Khatam al-Quran, solat Terawih lapan rakaat, p;enyediian iftar, letih berpuasa, umur yang meningkat dan menyiapkan tempahan membuat biskut raya.
biasanya Al-Quran dapat dikhatamkan dalam 3 bulan sekali, tetepi bila sampai bulan Ramadan pula terkejar-kejar membacanya agar dapat dikhatamkan juga di bulan Ramadan. surah Al-Mulk, As-Sajadah yang biasa dibaca sebelum tidur mengikut sunnah Nabi, selalu miss kerana terlalu letih untuk membacanya selepas terawih dan bacaan alQuran untuk mencapai target khatam sebelum masuk Syawal.
ada seorang sahabat, dalam bulan Ramadan dia tinggalkan semua amalan harian bacaan surah-surah yang diamalkan Rasulullah seperti Al-mulk, AsSajadah Al-waqiah dan hanya membaca Al-Quran sahaja. Mana yang lebih baik? setahunya amalan yang terbaik adalah amalan yang terus menerus dilakukan walaupun sedikit.
ke macam mana?
No comments:
Post a Comment