Monday, November 26, 2012

MOYOT TIADA TENAGA

Assalamualaikum,
semalam ke perpustakaan Nilam Puri untuk mencari bahan bab II, dan bab III, dissertasi. Proposal pun tinggal sedikit penambahan dan baik pulih oleh penyelia sebelum dihantar untuk di seminarkan.
ceritanya:
          setelah sampai di perpustakaan baru sahaja SMS ke penyelia untuk temujanji, sebab tidak berani nak buat awal kerana kereta pun tanpa roadtax, takut tak sempat sampai ke Nilam Puri, maklumlah warga emas, banyak halangan.

jawapan pertamanya: kena jupe ptg, pg ni kurang power. Moyot

haha......

MOYOT: tanya beberapa sahabat yg ada di perpustakaan, maknanya memang tiada tenaga, lesu, kot sama dengan moyok mcm kucing sakit.

pagi ini diri sendiri pula kena moyot... aduhh... lepas subuh baca serba sedikit terus tidur semula... sakit sana sini lengan, kaki, betis peha dan kepala.

bangun tidur terus mandi breakfast, telan ubat, telan sebiji painkiller relax sambil menonton my daughter the flower.

alhamdulillah sekarang dah rasa lega....

Monday, October 15, 2012

AMALAN DI AWWAL 10 ZULHIJJAH

assalamualaikum,

bulan Zulhijjah akan menjelang lusa, dan para jemaah yang mendapat jemputan dari Allah SWT telah membanjiri Kota Mekah dan bersiap sedia untuk menjalankan ibadat haji mereka. semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

bagi kita yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji atas sebab-sebab yang diluar kemampuan kita, masih ada peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat dan mendapat pahala yang dijanjikan.

diantaranya ialah:
Amalan pada sepuluh hari terawal di bulan Zulhijjah, ini berdasarkan tafsiran ulama-ulama kepada ayat al-Quran Surah al-Fajr: 1-2,
Yang bermaksud: Demi fajr dan malam yang sepuluh.
Ibn Kathir memaksudkan sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah, juga tafsir dari Ibn Abbas dan lain.

beberapa hadis telah meriwayatkan kebesaran hari-hari yang sepuluh ini, maka perbanyakkanlah amalan sunat kita dan perbaikkan amalan wajib kita.
Di anatara Amalan-amalan yang baik dilakukan ialah:


  1. SOLAT: iaitu amalan umum untuk semua waktu, tetapi cubalah keluar cepat menuju ke rumah Allah SWT untuk  berjemaah solat fardu dan perbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.
  2. PUASA di hari 9 awal Zulhijjah amat digalakkan. "Rasulullah saw berpuasa pada hari kesembilan zulhijjah, 10 Muharram dan tiga hari setiap bulan. Puasa pada hari kesembilan (hari Arafah) ganjarannya ialah diampunkan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.
  3. TAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID - perbanyakkan mengucapkan Allahu akbar, La illaha illaLlah  dan Alhamdulillah
marilah kita sama-sama menyambut kedatangan 10 awal Zulhijjah lusa dengan azam yang kuat, bertaubat bersungguh-sungguh, meninggalkan segala perbuatan dosa. bekerja kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.



Disini ada satu peringatan kepada semua yang telah menanam niat untuk berkorban pada hari raya haji nanti:
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Apabila masuk sepuluh awal Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang bulu dan kukunya
(HR Muslim)

Sunday, October 14, 2012

MENARA APARTMENT KTC

ini adalah alamat rumah kami. Menara apartment KTC, dengar tu memang hebat, tetapi belum lihat belum tau.....


Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan berpindah ke "rumah sendiri". bulan pertama dan kedua memang sibuk benar dengan pengurusan pindah dan membuat tempahan biskut raya dan brownies.

Pengurusan pindah memakan masa hampir 2 minggu untuk bulan pertama. dengan memohon extra access card untuk masuk ke apartment, memohon card bulanan untuk parking kereta di basement, tukar semua alamat, Telekom, credit card, bank-bank, astro, langganan majalah-majalah dan beberapa urusan runcit.

selepas urusan pindah sibuk pula membuat sample biskut raya untuk diedar2kan, walaupun lewat alhamdulillah tempahan datang sama banyak seperti tahun-tahun yang lepas. tetapi kerja macam ini tidak boleh diulang lagi, letih, tension dan banyak ragamnya, ada beberpa tempahan sampai lewat, hampir-hampir nak tutup kedai disebabkan terlewat hantar sampel.

alhamdulillah, walaupun kecil ia tetap rumah sendiri, mana nak sama dengan rumah orang lain.






DOOR GIFT - MAJLIS MENYAMBUT MENANTU ANUAR FAZRIN & ZUBAIDAH 17/6/2012

Assalamualaikum, ini cerita dah lama, sebab ingatkan tak sempat anak ambilgambar doorgift untuk majlis sambut menantu, rupanya ada terjumpa dalam album azmi.
Doorgift kali ini merupakan pelbagai cookies dan biskut raya yang laris dijual pada tahun sebelumnya iaitu :




 coconut almond cookies
 Model door gift: manisnya Aminah Zulfa


  • almond london, 
  • coconut almond cookies
  • chocolate chips
  • snow almond
  • suji salji dan
  • chocolate clusters,
  • banyak kelebihan buat door gifts macam ini,  kerana cookies nya self dan homemade, ianya jenis cookies boleh dibuat lebih awal lagi dalam 2/3 minggu dan boleh dipek dan ikat  riben siap2 dan simpan dalam kotak dan ada personal touch.
seminggu selepas wedding ada pula untuk tempahan door gift yang serupa.... alhamdulillah.

kebetulan pula Ramadan menjelang beberapa minggu selepas majlis, apalagi memang buat lebih untuk dijadikan sample biskut raya. 

Sunday, September 9, 2012

DOA MATI DALAM IMAN.....

semalam telah menghadiri taklimat untuk ijazah master dengan pelajar-pelajar baru sambil bersua muka dengan teman-teman sekuliah syariah dan usuluddin. Memang rindu selepas beberapa bulan tidak bertemu. Kami sangat rapat kerana tidak ramai pelajar muslimat samada di kuliah syariah atau pun di kuliah usuluddin.

selepas taklimat sempat kami menjamu makan tengahari, siapa lagi kalau bukan Cikgu rosmani yang belanja. Moga ditambah rezekinya lagi...

memang padat juga jadual semalam, selepas tu bergegas menunaikan Zohor lalu terus ke Bazaar Tok Guru di Kota Bharu, sebab Rosmani ada urusan membeli kain telekong untuk saudara marannya yang akan menunaikan ibadat haji.

Lepas itu terus ke Pintu Geng ke rumah seorang muslimat meraikan anaknya yang akan melanjutkan pelajaran  dalam bidang bahasa arab di Mesir. di sana kebetulan bertemu dengan ibu mertuanya yang berumur dalam lingkungan lewat 80an, masih boleh melihat walaupun dengan cermin mata, masih boleh membaca Alquran, masih ingat semua bacaan solat.... Rasa sungguh terharu kerana soalan pertamnya ialah apakah doa yang dibaca untuk tetap istiqamah dalam islam dan juga mati dalam iman.

Yang mudahnya minta terus.."Ya Allah matikanku dalam iman dan Islam" dan ditambah lagi dengan  "dalam keadaan syahid",

ke ada doa lain yang lebih mantap lagi...........



Tuesday, September 4, 2012

YEAH....SUDAH REGISTER SESSI 2012-2013

Alhamdulillah, akhirnya berjaya mendaftar  untuk sessi 2012-2013 melalui e-application di MyUM. tersangat mudah, hanya perlu ingat ID dan password untuk log in, dan valid credit card atau internet banking.

Yuran untuk semester ini RM512.00, tetapi oleh kerana ada baki RM360.00 dari semester lepas, jadi jumlah yang dibayar hanya RM152.00.

ok.... register sudah, bayar yuran pun  sudah, tajuk sahaja belum confirm. Cara-cara buat proposal rasanya masih ingat lagi.... ayuhhhh mulakan langkah dan jangan berdaleh lagi....
Akan diupdate lagi selepas ini insyaAllah.






Monday, September 3, 2012

DAFTAR UNTUK MASTER IJAZAH SESSI 2012/2013

Assalamualaikum,
dalam kesibukan berpindah rumah, menghayati Ramadan, meraikan Syawal, terlupa pula nak maklumkan tentang peperiksaan Master ijazah untuk Semester 1 & 2, yang telah berlalu sebelum majlis menyambut menantu untuk Ayen. 

Alhamdulillah telah lulus dengan CGPA 3.25, dan seterusnya meneruskan mencari tajuk untuk dissertasi dan penulisan. 

Target kami ialah Convocation pada tahun 2014, tidak mustahil kalau benar-benar berusaha, kerana memang telah ramai yang dapat melakukannya.

kalau diikutkan, hari ini mula mendaftar untuk sessi semester 3, 2012/2013. jumlah yuran belum diketahui berapa banyak yang perlu dibayar, walaubagaimanapun masih ada lagi RM360 lagi baki dengan bahagian akaun University Malaya, ini kerana dapat pelepasan 50% untuk warga emas. jadi rasanya tidak banyak lagi yang perlu ditambah.

sesiapa yang rasanya ada tajuk atau point, diharap dapat memberi feedback agar dapat melegakan kebuntuan mencari tajuk. 

ada terawang-awang di minda untuk mengambil tajuk PENGAGIHAN HARTA PUSAKA, cuma takut tidak cukup bahan rujukan, disebabkan kurang mahir pembacaan buku-buku teks arab.... 

sesiapa boleh tolooong.....




POST RAMADAN

Ramadan telah pun berakhir, dan Syawal telah dua minggu berlalu, ahkirnya hari ini hari keenam puasa sunat ayawal, alhamdulillah.

walaupun Ramadan telah berakhir, sebenarnya inilah permulaan kita meneruskan/ istiqamah  apa yang telah kita amalkan di bulan Ramadan, walaupun tidak mampu semuanya, lakukan sebahagiannya.

Amalan fardi:

  1. puasa sunat
  2. solat sunat, solat malam
  3. sedekah
  4. i'tikaf
  5. kurangkan bercakap lagha
  6. kurangkan hiburan
  7. bacaan/tadabbur alQur'an
  8. menadah ilmu
amalan jama'i bagaimana pula?

Wednesday, August 8, 2012

ISTIQAMAH DALAM AMALAN

amalan harian macam tak sempat aje nak buat dalam bulan Ramadan ni, dengan mengejar untuk Khatam al-Quran, solat Terawih lapan rakaat, p;enyediian iftar, letih berpuasa, umur yang meningkat dan menyiapkan tempahan membuat biskut raya.

biasanya Al-Quran dapat dikhatamkan dalam 3 bulan sekali, tetepi bila sampai bulan Ramadan pula terkejar-kejar membacanya agar dapat dikhatamkan juga di bulan Ramadan. surah Al-Mulk, As-Sajadah yang biasa dibaca sebelum tidur mengikut sunnah Nabi,  selalu miss kerana terlalu letih untuk membacanya selepas terawih dan bacaan alQuran untuk mencapai target khatam sebelum masuk Syawal.

ada seorang sahabat, dalam bulan Ramadan dia tinggalkan semua amalan harian bacaan surah-surah yang diamalkan Rasulullah seperti Al-mulk, AsSajadah Al-waqiah dan hanya membaca Al-Quran sahaja. Mana yang lebih baik? setahunya amalan yang terbaik adalah amalan yang terus menerus dilakukan walaupun sedikit.

ke macam mana?





MID RAMADAN DILEMMA

Assalamualaikum semua,
Ramadan al-Mubarak dan selamat berpuasa.

ramadan telah pun berlalu lebih dari separuh bulan, bacaan Al-quran belum khatam lagi, ada 9 juz'u lagi sekiranya nak khatam di bulan Ramadan, tetapi baru2 ini dapat menyertai dua program tadarrus, pertama bersama Dewan Mualimat Negeri anjuran Majlis Halaqat Negeri Kelantan dan MPKB dan yang kedua anjuran Qaryah Ramadan Kota Bharu yang bertema 100 kali khatam al-quran, dengan peserta seramai yang dianggarkan 3000, so kira oklah kalau tidak sempat khatam bacaan yang personal....Aci Ke???

terawih?, sudah dua hari missed.... apa nak jadi ni, pertama demam sungguh-sungguh, yang kedua letih sungguh, sampai merangkak naik katil selepas isya' terus tidak sedarkan diri...

biskut raya?... sendiri punya belum nampak kelibat lagi, orang punya ada beberapa adunan belum siap. Insyaallah akan diselesaikan esok.

Baju Raya?
belum sempat nak merayau shopping baju baru, tudung baru, kasut baru dan beg baru. Nampaknya pakai apa yang dah ada... nnanti lepas raya akan ku shopping sakan.

Bayaran Zakat., belum diselesaikan lagi, asyik bertangguh-tangguh. insyaallah malam ini akan buka semua akaun dan buat kiraan zakat.... "macam banyak sangat"..., ketua muslimat DUN dah booking untuk diagih-agihkan kepada peserta-peserta penerima zakat ynag berkelayakan.

Yes..... hari raya tahun ini balik kampung. ye..ye.... walaupun selepas seminggu raya dan hanya dua hari sahaja.....



Wednesday, June 27, 2012

BISKUT RAYA 1433H - 2012M

Assalamualaikum,
setelah sekian lama menyepi, bukan kerana merajuk tetapi disebabkan terlalu sibuk, kini semua sebab-sebab kesibukan beransur-ansur selesai. Exam akhir untuk ijazah master telah selesai, insyaAllah sedang menunggu resultnya, harap-harap mumtaz, pernikahan Ayen alhamdulillah sempurna, cuma sekarang sedang mengemas rumah  untuk berpindah ke alamat baru.


ada beberapa isu teknikal:
1. pertukaran alamat Astro telah dilapurkan
2. streamys belum pindah/tutup line
3. alamat ke bank-bank, credit cards, tesco dan sahabat belum dibuat.
4. sample biskut raya telam siap, dan separuh telah diedar kepada sahabat yang membantu untuk menjualkan.

 CHOCOLATE TART:
crispy casing filled with milk chocolate and peanut butter
 SUJI SALJI:
adunan dari minyak sapi dan butter, tepung suji, tp jagung dan cornflake, disalut dengan serbuk  susu penuh cream
 ALMOND LONDON:
sebiji almond panggang disalut doh, dibakat lalu dicelup coklat masakan
 KOKO OATS:
adunan kisaran oats, serbuk koko dan tepung, lalu di salut dengan gula icing dan susu tepung. nikmat dan nyaman
 SNOW ALMOND:
adunan serbuk badam, nestum kisar, perisa kopi....hmmm nyaman lalu dicelup dengan coklat dan disalut breadcrumss, lembut di dalam dan crunchy di luar
 TAT NENAS:
tat nenas yang menjadi faveret, sama ada gulung, bunga sekundang, kali ini diterap sebagai tat nenas kembang. Doh di adun dengan pure butter jenama Anchor, menjadikan tat menjadi lemak dengan butter masam dan manis dengan jem nenas.
 ALMOND COCONUT TOASTED:
adunan serbuk badam dan kelapa kering lalu dihias dengan lorekan white choklat dan ditabur dengan kepala panggang di atasnya
 DISPLAY SAMPLE COOKIES RAYA
CHOCOLATE CHIPS:
biskut yang telah bertahan beberapa tahun, loaded with chocolate chips, slivered almond, oats dan cornflakes, dimaniskan dengan gula perang.... memang tidak akan puas sebelum bekas biskut kosong.

TEMPAHAN DITERIMA SEHINGGA AKHIR SYAABAN 1433.

 SILA TEL 017-9188427


Sunday, April 22, 2012

tiga dalam satu

Assalamualaikum,
kuliah telah berjalan hampir ke garis penamat untuk  semester ini. 3 pembentengan telah berlalu, 1 paper telah melepasi tara(slang kelantan untuk sempadan - lulus/gagal), dua lagi belum diumumkan, dan 2 paper lagi dalam pembikinan powerpoint untuk dibentangkan. sibuk ye...


1. Peperiksaan dijangka pada 6, 7 dan 13 Jun
2. Majlis nikah Ayen pada 9hb. Jun, dan 
3. Pilihanraya diramalkan pada 9hb. Jun juga


3 program besar yang akan ditempuh serentak, macam mana ye...
nak siapkan assignment,  
membaca untuk periksa, 
nak membantu kerja-kerja pilihanraya, 
nak menyediakan persiapan rumah untuk sambut menantu, 
bila nak siapkan doorgifts???... 


siapa boleh membantu?


InsyaAllah

Thursday, March 22, 2012

MY New gadget

Marathon pembacaan bermula, i say semua buku rujukan in arabic. dikira semua sebabnya, sebab buku2 rujukan muktabar memang dalam bahasa arab, kalau nak yang tulin bahan rujukan kenalah bahasa arab kalau tidak, bukanlah bernama syariah pulak kan? 

ini saja testing my new gadget, samsung tab 7.7, memang lama nak beli, tapi undecided nak beli hp atau tablet. kebetuan di kuliah  memang kena online, jadi nya pilihannya terpaksa tablet. 

Wednesday, March 21, 2012

PERJALANAN MENCARI ILMU

Assalmualaikum,

nampaknya semakin kurang masa untuk  menulis disini. kelas master telah berjalan lebih dua bulan, 3 hari seminggu hari Jumaat dari 9pagi hingga hingga 6 petang, hari sabtu dari 9pagi hingga 11 malam dan hari ahad dari 3 petang hingga 11 malam. Hari isnin KO rehat, selasa rabu dan khamis cuba membaca sebanyak mungkin dan mengulangi perpustakaan untuk mencari bahan untuk assignment.


tetapi ini hanya sementara sahaja hingga akhir bulan April. Selepas itu menyediakan assignment untuk dibentang, selepas itu periksa semester 2, dan tunggu keputusan, dapat keputusan 'B' ke atas baru boleh meneruskan menyediakan proposal untuk menulis dissertasi. Ini adalah requirement untuk Universiti Malaya. 


telah diberitahu untuk mendapat ijazah ini bukan hanya membaca untuk periksa, copy paste untuk assignment dan menghafal  istillah definisi, tetapi kena memahaminya, menganalisa dan membuat rumusan atas apa yang difahami. Macam mana pun memang kena banyak membaca......


Itulah dulu kata kalau tak masuk kelas tidak membaca, asyik dengan KBS, ONETV dan FB, nah sekarang  memang kena membaca, yang katanya kena membaca journal. artikel dan thesis2  lama sekurang2nya 6 jam sehari.... aduhai... baca 1/2 jam pun asyik tengok kat jam je dah cukup 1 jam ke belum.


So bagaimana pelajar2 master dan PHD di luar sana, boleh bagi motivasi...... 

Ya Allah permudahkan




Saturday, February 18, 2012

KELAS MASTER SEMESTER 2 2011/2012

hari ini telah dua hari kelas ijazah master berjalan. kelas dimulakan dengan subjek Kaedah Metodoloji Lanjutan, berjalan di makmal komputer. Pertama kali menggunakan metod SPSS: nampak mudah tetapi memeningkan, bila ada crosstabs, bar charts dan all the frequencies dan analyze,.... aduh pening untuk kami yang sudah dewasa dan matang.

assignment pula telah di pinta menghantar tajuk2, assignment individu dan assignment berkumpulan menggunakan metod di atas dan dengan soal selidik cara kualitatif dan kuantitif.

nampaknya mulai sekarang kena mendisiplinkan diri, kurangkan korean drama, kurangkan tidur, lebihkan membaca dan lebihkan mentelaah sebaik mungkin.










Thursday, February 16, 2012

KISAH BAPA2 YANG MENUNGGU

Baru sahaja dengar cerita ini malam tadi, sesiapa yang dah dengar diam2 sahaja ye, yang belum dengar layanlah.

Tiga orang bakal bapa dan beberapa bapa lain sedang menunggu isteri-isteri mereka melahirkan orang baru.  Sambil menunggu sambil berbual walaupun hati mereka hanya Allah sahaja yang mahaMengetahui. 

Keluar seorang Doktor dan berkata kepada salah seorang bapa di situ, "Tahniah isteri anda telah selamat bersalin dan mendapat Twin". Alhamdulillah...., gembira sungguh bapa itu. Jirannya sambil memberi tahniah sambil bertanya "mu kerja di mana?"
jawabnya "Twin Tower"

sebentar kemudian keluar pula seorang Doktor lagi dan mengucapkan taniah kepada bapa yang kedua sambil  mengatakan " You've a Quadruplet". wah ini lagi hebat
yang menanya tadi bertanya pula "mu kerja mana?
bapa quadruplet menjawab "di Carrefour". Aik... macam kebetulan sungguh....

sampai tahap ini bakal bapa yang ketiga menjadi tidak tentu arah, panik dan gelisah...
yang rajin menanya tadi pun mengeluarkan soalan cepu masnya, "ada masalah apa? mu kerja mana?"
bapa itu menjawab "seven eleven"

kalau tidak boleh  gelak pun gelak ye.... memang tidak boleh tahan rasa macam nak pecah perut mendengarnya semalam.

harap dapat menceriakan anda hari ini.....





Tuesday, February 14, 2012

DOOR GIFT - BERKAT... CADANGAN UNTUK 17/6/2012

Kek ini dibuat untuk tujuan lain, tetapi bila sudah di pek nampak menarik pulak, so dia menjadi salah satu item untuk door gift - berkat kenduri kahwin pada bulan Jun nanti, tetapi taklah sebesar tu, pengsan nanti nak buat untuk semua tetamu2. tetapi sesiapa yang nak sebesar tu pun tiada masalah, buat tempahan awal2, kos kita kira kemudian, rasanya tak sampai RM40 untuk  2 bekas serupa, sebabnya sekali adun dapat dua bekas.... 




kek ini dibakar dalam acuan 8 x 8 x 4, lalu dipotong mengikut size bekas aluminium yang ada cover, kalau .kotak lain boleh juga, tiada masalah.

Resipinya sudah dipost, lama dulu, kalau nak buat sendiri...

Monday, February 13, 2012

TRIP TO PEKANBARU, RIAU

perjalanan dari kota bharu ke Kuala lumpur dengan airasia. sempat berposing. cabin crewnya tolong ambil gambar semasa di sebelum turun di LCCT. kami duduk di Hot seat dengan ehsan cabin crew sebabnya takramai passenger dan salah seorang kami menggunakan wheel chair.

sebelum turun di lapangan terbang Pekan bharu

di lapangan terbang pekan baru sambil menunggu tuan rumah datang

pelbagai makanan yang amat menyelerakan, sebiji makanan johor singapura, dengan asam pedasnya 

sambal kicapnya

sambal nenasnya

Mama Jah sedang memilih bahan untuk dibawa balik. memang bershopping sakan dia

rehat sebentar sambil memposing di Ramayan shopping complex

MENU MAKANAN DI KEDAI AYAM PENYET



PERPUSTAKAAN RIAU

DI PASAR PEKANBARU

IKAN PERASAP

KEROPOK JENGKOL (JERING)


bergambar goodbye di lapangan terbang Pekan baru

gambar kenangan bersama tour guide, pemandu pelancung dan cucu sedara Sharifah Mariam al-Qudsi


kepenatan selepas 3malam/4hari di pekanbaru, perjalan balik dengan fireflyz

Nasi ayam di Pantai dalam bersama ayen


my favourite drink 


caramel coffee di The coffee bean

Wednesday, February 1, 2012

HARI WILAYAH 1 FEBRUARI 2012

Menetap di Kuala Lumpur pun tidak, Purtajaya pun tidak, apatah lagi di Labuan, tetapi tidak semena2 hendak menyambut hari wilayah persekutuan, inilah kelebihan warga emas, mempunyai mood yang akan swing 180degrees away dari normal. so selamat menyambut hari wilayah warga wilayah persekutuan


Tiga hari lepas bertemu doktor di bahagian pesakit luar kerana mengidap sakit kepala yang sangat kronik. cek darah pada kita tinggi -  154/99 dia kata normal, pas tu dia kata kita tension lebih2, suruh minum air asam, padahal kita ada gastrik, suruh kita relax, memang dah relaks pun, cerita favourite korea "The First wives club" masih sempat diikuti walaupun tertinggal beberapa episode... Last sekali dia prescribe "ponstan", padahal tramadol, celebrex, panadol memang kudapan kita je.. kerana angkara arthritis.

Dua hari lagi akan ke PekanBaru, mungkin suasana yang berbeza, tempat yang asing akan dapat memberi ketenangan dan kerehatan, kerana balik dari sana akan memulakan alam baru kembali ke sekolah, iaitu meneruskan perjuangan menuntut ilmu untuk diri dan jemaah islam dan sambil itu juga untuk ijazah master.

insyaAllah

Sunday, January 29, 2012

HAPPY NEW YEAR

assalamualaikum,
Tahun 2012 telah hampir sebulan berlepas, tahun hijrah 1433 telah masuk Rabiul Awwal... terlalu cepat masa berlalu. Kullu 'Am wa antum be khair(ini boleh wish untuk tahun baru juga ke???), Happy New Year... Gong Ci Fa Chai

angiogram telah selamat, Alhamdulillah... doktor kata tiada blockage, dan sekarang hanya makan ubat untuk hypertension dan arthritis sahaja.

application untuk sambung ijazah master telah berjaya dan akan mendaftar diri pada 9hb Februari ini di University Malaya Kuala Lumpur insyaAllah....

Zahid masih bercuti di rumah dan akan balik ke asrama pada 31.01,2012, lepas tu kita pulak akan ke Pekanbaru, Riau untuk cuti2 Asean  dari 4-7hb Febuary, dan ada orang tu nak sponsor tambang  he...he, ada sesiapa pulak nak sponsor duit belanja/poket?

Minggu depan selepas Pekanbaru akan terus menginap di Kajang untuk urusan pendaftaran master pada 9hb. Feb.. dan balik ke KB pada pagi 10.02.

ok semoga semua ceria selalu, selamat malam, good night, assalamualaikum....