Monday, October 3, 2011

KE KOTA TINGGI


siapa sangka setelah habis sahaja bulan syawal, tanpa diduga diberikan peluang untuk ke kota tinggi:

semalam telah bermusafir dari Kota Bharu jam 8.00pagi ke LCCT Kuala lumpur terus ke kota tinggi lalu ke Johor Bharu dan kembali ke Kajang dalam tempoh masa 13 jam. kalu ikutkan tenaga orang muda memang tidak bermasalah, tetapi bagi warga dengan berbagai kelemahan memang runsing juga.

berbekalkan dengan sebiji celebrax dan kekuatan semangat dan janji Allah, alhamdulillah selamat sampai ke hospital Kota Tinggi jam 1 tengahari. perjalanan sangat menyeronokkan, tiada jem, jalan elok, smooth sahaja, tiada roadblock. Tiada tension, tiada perasaan lemas dan tiada rasa nak muntah. Banyak faktor yang membantu - kereta baru, tiada trafic jam, jalan bagus dan niat utama menziarahi keluarga yang ditimpa musibah alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

berehat di Kajang selama 2 malam, ingatkan nak jumpa sahabat lama semasa bertugas di Bank Negara, alahai.... dia kena mengasuh cucu sedaranya, nak pergi sendiri memang tak berani. entahlah sejak melewati umur warga emas ni, sekiranya lain sikit je daripada kebiasaan macam cepat panik..



Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga.

(HR Muslim) Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.”

(HR At-Tirmizi)

insyaAllah ada rezeki, badan sehat akan ke Johor Bharu lagi pada 20hb Oktober ini untuk majlis perkahwinan cucu sedara...







No comments: