Sunday, October 17, 2010

HARAP MAAF

assalamualaikum,
alhamdulillah hari yang ceria, setelah dua hari rasa moyok je tak tau sebabnya. qilah, jupa dan alia datang pun rasa mengantuk je....

hari ni masak nasi lemak....

lusa akan memulakan perjalanan ke tanah suci makkah. mendapat sms dari tabung haji, waktu lapur diri ialah jam 4.05 ptg, tetapi dinasihatkan berada 2 jam lebih awal untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku.

insyaAllah kami akan bertolak paling lewat jam 9.30pagi, dan dijangka sampai kuala terengganu jam 12.30 tengahari.

boleh jadi ini entry terakhir sebelum bertolak, dan berjumpa kembali selepas 9hb Disember 2010, insyaAllah. minta ampun, minta maaf kepada semua dan doakan kami yang pergi selamat, sehat dan mendapat haji yang mabrur.

"Ya Allah jadikan haji ini haji yang mabrur, dosa yang diampun dan usaha yang dipuji, amalan salih yang diterima dan perniagaan yang tidak rugi".

Tuesday, October 12, 2010

PERISAPAN AKHIR KE MAKKAH

Tepat seminggu lagi, akan berangkatlah kami ke Madinah dan seterusnya ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji. persiapan dalam proses, beg besar dah pun penuh dengan muatan, baju, medication, toiletries, pakaian dalaman dan sedikit bekalan.

sebiji bantal dan sleeping bag mengambil 1/4 ruang di dalam bagasi. bantal kecil memang wajib bagi setiap perjalanan yang memerlukan perjalan bas yang jauh. sleeping bag atau toto kecil juga dibawa ke setiap destinasi yang memerlukan bermalam ditempat yang tidak disediakan keperluan asas. bukan hendak memanjakan diri, tetapi mengenangkan diri yang telah menjangkau lebih separuh abad, kekurangan tidur akan menyebabkan groggy, tension, sakit kepala; memang tau kelemahan diri ini, biarlah berat sikit dan kurang bekalan lain, asalkan tidur kita lena walaupun sekejap dan dalam keadaan tidak selesa. moga dipermudahkan Allah segala urusan kami di sana, amiin.

bekalan makanan tak banyak, sebab bab makan ni tak cerewet sangat, apa2 pun boleh asal mengenyangkan. selagi roti boleh didapati, telur, cheese dan butter.... boleh hidup insyaAllah. dengarnya KFC pun ada di sana, dan masakan indonesia pun ada - macam di kota bharu je. lagi pun Tabung haji menyediakan makan tengahari dan malam.

hanya bekalan ubat sahaja yang wajib cukup untuk bekalan 51hari selama disana. tiada maaf bagimu sekiranya terlupa/tak cukup, kerana bekalan ubat ini khusus untuk penyakit yang dihidap.

"Ya Allah, permudahkan segala urusan/pekerjaan kami dan janganlah disusahkan, Ya Allah sempurnakanlah sebaik-baiknya dengan rahmatMu wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang".

Saturday, October 2, 2010

KT 38

akhirnya jadual penerbangan yang ditunggu2 telah pun diterima dan kami bertiga bersiap sedia untuk memulakan perjalanan menziarahi Baituallah dan menjalankan ibadat haji pada tahun ini 1431H/2010M

ini adalah jadual kedua selepas kami menolak jadual pertama. pada jadual pertama kami diminta melapur diri di Kelana Jaya. pilihan kami adalah kuala terengganu kerana ia lebih dekat dan tidak perlu turun naik kapalterbang. pada usua emas ini, hassle ini sepatutnya tidak perlu dilalui lagi.... pening dan tension

kami diminta melapur diri pada 19hb oktober jam 3.30 petang, dan balik dan sampai di kuala Terengganu pada 9hb Disember.

persediaan????...
insyaAllah sedang dalam persiapan, meminimise sebaik mungkin, hanya yang perlu sahaja tetapi memandangkan 51 hari disana banyak juga yang perlu dibawa terutamanya bekalan perubatan dan food supplement. yang lain tu ala kadar je, sebab katanya disana pun ada dijual.

doakan kami mendapat haji yang mabrur.

"tidak ada balasan bagi haji yang mabrur(diterima) melainkan syurga" riwayat Albukhari dan Muslim" -