Tuesday, June 29, 2010

BISKUT RAYA 2010M/1431H


tart sekundang RM20/bekas.... jem nenas yang dibalut doh lembut.... cair di mulut.....hmmm nikmatnya. Produk baru

Chocolate chips RM19/bekas.... all time favourite, last year top sales. dibuat dari pure butter SCS/Churn, loaded with choc chips, cornflake & 0ats + toasted nibbed almonds
bayangkanlah kerangupannya


Suji Salji RM18/bekas. adunan ghee and butter bersama tepung semolina, tetapi ditabah dengan kisaran cornflake.... cookies ynag unik tapi hmmmmm. produk baru di sinitetapi pengusaha lain dah lama buat.



Snow Almond RM20/bekas. sekali makan nak lagi, kalau pandang tak menarik, tetapi rasanya luar biasa. top sales seiring dengan chocolate chips



Coffee Alomond Chocolate RM19.00/bekas. cookies ala-ala ferro roche. dah rasa baru tau
...
sample baru siap petang tadi....
kalau nak buat sendiri silakan, resipi cuba cari di entry yang lepas2. kalau M sudah sudah melanda tempah saja, mudah kira dan cepat-cepatlah hantar tempahan.
tempahan ditutup pada 1 Ramadan.

jangan lewat!!!!!!!!!.


Thursday, June 24, 2010

SELIPAR BARU




musim makan gulai di Kota Bharu dah habis, berapa dozen beli susu manis agaknya nak bawa ke rumah sahabat yang membuat kesyukuran. nak bawa hadiah pun pengantinnya tak kenal, lagi pun kalau beli hadiah less than RM20, apa yang dapat..... set gelas dengan jug sahaja, sekali tuang air panas pun pecah.

ini cerita masa nak beli susu manis di kedai borong dekat rumah, sebab petang tu ada jemputan kesyukuran. ini kes nak jimat. mek di kedai tu kata kalau beli 6tin boleh dapat harga borong. so belilah 6 tin susu manis yang 565gm satu, 6 tin sardin yan kecil dan 1 kg whiskas untuk kucing2 di rumah. bila dah bayar je baru terperasan nak kena angkut balik rumah by hand, no car.. dekat je rasanya tak sampai 200meter. tetapi saya ada problem banyak dengan tangan dan jejari. doktor kata jangan angkat berat-berat, so jalan sikit berhenti, istighfar banyak2, dalam hati ampun.. lain kali tak buat lagi....... lepas tu selipar pula tercabut. so bayangkanlah betapa gelornya di hati sara...

BANANA MUFFIN




Hari ini memang sibuk, assignments ada dua untuk di serah, hari sabtu ni ada test Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah. tetapi walaubagaimanapun sempat juga buat snek. kesian Zahid cuti berminggu-minggu, asyik mak dia busy memanjang. so ketepikan buku Enakmen dan kebetulan ada 3 biji pisang yang sudah lebu, maka terciptalah 24 ketul banana muffin. resipi dari blog joy of baking dengan sedikit modification- ikut apa bahan yang ada di rumah
BANANA MUFFIN
Bahan A:
3 biji pisang berangan yang ranum = 300gm selepas di lecek
2 biji telur AA
113 gm butter
150 gm gula castor
Bahan B
3/4 cup nibbed almond - toasted
240gm AP flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1 tsp cinnaon powder
Caranya:
gaulkan bahan A hingga sebati, kemudian masukkan bahan B, jagan gaul lama, agak-agak sudah bercampur. masukkan kedalam cup dalam 35gm berat dan bakar di oven !75C selama 18min
cubalah, tidak mengecewakan,amat sedap. rasa ala-ala banana muffin di Kenny rogers, tergigit toasted nuts....
hmmmmm

Sunday, June 6, 2010

RAHSIA BANGUN PAGI


assalamualaikum,

alhamdulillah baru rasa lega sikit selepas praktikal moot court, dan a splitting headache yang mengekang semua aktiviti selama seminggu. ini memang salah sendiri sebab cuai tidak mengambil medication mengikut arahan.


oleh kerana terlalu sibuk menyediakan dokumen untuk bundle moot court sampai terlupa untuk mengambil medication yang doktor kata "kena makan 'abadan' sampai mati",


so makcik2 di sana ingat ye.... terlupa sehari makan ubat, lebih seminggu merana......



cerita hari ni, sakit lagi....


ini memang sakit yang dah dihidapi, OA tapi malam tadi rasanya terlalu teruk sampai jam 2 baru boleh tidur, nak makan painkiller, tengahhari tadi dah telan dan sepatutnya tahan 24 jam...


alhamdulillah, alarm 4.45pagi tadi dengar jelas, dan boleh bangun tanpa rasa berat badan dan mengantuk. rahsianya:....


akhir ini setelah mengikuti kursus haji, telah mengamalkan dengan membaca 4 ayat terakhir
"surah al Kahfi sebanyak 3x sebelum tidur".


amalkan, insyaallah, tapi memang kena pasang niat betul2 nak bangun awal pagi. kalau dulu2 jam 2 pagi tak tidur lagi maknanya subuh gajahlah....
ok sekarang nak tidur sekejap......