- prof madya Dr Faudi Deraman
- Dr. Shamrayu Ab. Aziz
- Dato' Dr. Siddiq Fadhil
memang terpukau dengan penerangan dari mereka, dan penyampaian yang bernas diselitkan dengan jenaka yang bersahaja, separuh hari berjalan tanpa disedari.
malangnya forum yang sepatutnya diteruskan disebelah petang terpaksa dibatalkan kerana gangguan teknikal.
perkara yang baru difahami: untuk mendapat kemerdekaan mesti ada perlembagaan. dan perlembagaan yang ada tidak mencerminkan kehendak-kehendak orang tanah melayu terutamanya orang2 Islam, kerana perlembagaan digubal oleh bukan orang2 tanah melayu.
pada asalnya perkara 3: Ugama bagi persekutuan (1) ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan.... tidak termasuk di dalam draf perlembagaan; tetapi kuasa Allah dan memandangkan majoriti penduduk Tanah Melayu pada masa itu berugama Islam, maka terlahirlah per3....... ini lah yang saya faham
kalau dulu kita asyik menyalahi Lord Reid kerana menggubal perlembagaan sebegitu..... dan meletakkan perlembagaan mengatasi segala perundangan; sekarang marilah kita berusaha untuk mendapat majoriti 2/3 parlimen (sekiranya pemerintah sekarang tidak berusaha untuk menggubal semula undang2) untuk menggubal perlembagaan yang meletakkan alQuran dan Hadis sebagai dasar utama perlembagaan untuk MENEGAKKAN HAK ALLAH
No comments:
Post a Comment