Wednesday, April 14, 2010

ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL

petang semalam dalam semangat yang hangat-hangat tahi ayam, mula menyarungkan setokin dan seluar panjang untuk memulakan marathon persiapan ketanah suci..... iaitu menjalankan diri di treadmill selama 25minit.

switch on main point, menjerit bunyi treadmill menggamit selamat berexercise; dengan penuh semangat naik ke platform dan picit start. alamak kenapa tak bergerak, di power point merah maknanya ada electricity.....

rupa-rupanya magnetic button dia missing. ini bukan kerja orang lain melainkan cucunda kita. aiseh.... telefon ke salor, katanya dia letak di atas meja di bilik tidur. bagus ingatan dia. tapi bila cari tak jumpa.... takpe esok jumpa tanya semula kot dia ingat lagi.

dapat juga excuse untuk tidak berexercise.......

No comments: