hari ini rumah riuh dengan gelagat tiga dara. kebetulan pula ada tempahan 2 loyang brownies. sambil membake brownies sambil prepare lunch - ayam goreng, sayur lemak taugeh & tahu, ikan bakar dan sambal kicap. siap semua jam 1.30.
aduhhh..... letih bukan jaga anak dara tapi tak cukup stamina....
tidur sekejap, dengar aliya menjerit kuat.... ingat kena hempap jupa, rupanya tak cukup susu... nak tunggu panaskan susu ibu ambil masa juga 5-10minit
qilah - pandai bermain kata
jupa - senyum manis dan tak peduli sesiapa pun asal boleh ikut
aliya - sudah pandai menegur dengan senyuman, tiada krenah, melainkan lapar dan basah.
Wednesday, April 28, 2010
Sunday, April 25, 2010
TAKE HOME TEST
ini cerita assignment lagi. letih dibuatnya.
- letih sebab tak faham soalan
- nak jawab tak tau cara.... bahan ada tetapi lebih kepada hukum syara'
- enekmen mana satu nak di apply?
- sahabat peguam ada tetapi sibuk dengan tugas2
- sahabat bukan peguam pun sibuk juga nak berbincang
- so buat sendirilah dengan sedikit hint dari lecturers dan
- ilham dariNya
- ada juga yang pinjam, fotostat, terus copy paste..... macam mana nak layan spesis ini?
Sunday, April 18, 2010
ASSIGNMENT
alamak..... semua jadual harian menjadi simpang siur, tak tahu yang mana satu yang nak didahulukan. semuanya nampak penting dan yang paling menyesakkan tidak berapa jelas nak buat.
dua hari lepas email assignment tatacara jenayah, ingatkan itulah yang terbaik sebab jawapan telah dirangkakan oleh lecturer. semalam dapat balik dan komen pensyarah "isu sudah memadai/cukup - cuma tulis dalam bentuk lengkap. itu satu hal
2. assignment tatacara keterangan - ada catatan bersumpah di akhir jawapan: "Wallahi saya tidak berbincang dengan sesiapapun, selain rakan sekursus, dalam menyiapkan jawapan ini" tidak pernah mendapat sekatan-sekatan seperti ini - nasib baik ada rakan sekursus seorang peguam berjaya yang baik hati yang tolong memberi idea macammana nak jawab soalan ini.
3. proposal untuk kajian penyelidikan.
4. moot court -
5. ujian tatacara mal dan tatacara jenayah mahkamah syariah
semuanya kena siapkan dalam masa 2minggu ini.

Wednesday, April 14, 2010
ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL
petang semalam dalam semangat yang hangat-hangat tahi ayam, mula menyarungkan setokin dan seluar panjang untuk memulakan marathon persiapan ketanah suci..... iaitu menjalankan diri di treadmill selama 25minit.
switch on main point, menjerit bunyi treadmill menggamit selamat berexercise; dengan penuh semangat naik ke platform dan picit start. alamak kenapa tak bergerak, di power point merah maknanya ada electricity.....
rupa-rupanya magnetic button dia missing. ini bukan kerja orang lain melainkan cucunda kita. aiseh.... telefon ke salor, katanya dia letak di atas meja di bilik tidur. bagus ingatan dia. tapi bila cari tak jumpa.... takpe esok jumpa tanya semula kot dia ingat lagi.
dapat juga excuse untuk tidak berexercise.......

Sunday, April 11, 2010
PERSIAPAN KE TANAH SUCI

Berikut adalah beberapa persiapan yang dilakukan untuk menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini. semoga mendapat haji yang mabroor.... amiiin.
- Sentiasa berdoa agar dimakbulkan.... menjadi tetamuNya.
- membaca beberapa buku ibadat haji dan umrah, di antaranya kursus kesempurnaan ibadat haji dan umrah oleh Dato haji Mohd Daud bin ngah yang tidak asing lagi kerana beliau adalah bekas pengurus besar LTH; Fiqh dan Perundangan Islam jilid III Ibadat haji dan umrah oleh Dr Wahbah al-Zuhaili, travelog haji oleh Muhd Kamil Ibrahim, ebook yang dibeli melalui internet dan buku2 kursus haji yang disediakan oleh tabung haji sendiri. semuanya ini dibaca untuk mendapat persepsi dari berbagai penjuru.
- menghadiri kursus haji. membaca sahaja tidak memadai
- exercise untuk mendapat stamina. katanya 7 keliling tawaf memakan masa melebihi 1 jam, belum ibadat sai'e lagi. moga dimudahkan...
- menjaga pemakanan; kalau boleh nak turunkan 3 kg lagi. baru turun 1 kg.... susahnya nak turun, ditambah dengan limitations yang ada - osteoarthritis, jantung, malasss....
- persiapan rohani, jasmani, mentality dan RM
- apa lagi? kalau ada yang missing tu bagitau...
tetapi bulai Julai ni final exam DAIJ. moga semuanya dipermudahkan......amiiin
MY NEW GADGET

selesai dibeli barang2 tu semua, lalu di tingkat bawah melewati poh kong - too expensive nak dilayan; kedai jam, tak perlu; body shop, cukup lagi toiletries, lalu ternampak samsung mobile di seberang sana.
masa tu customer tak de, masuk jelah, lagi pun belum dapat lagi hp yang puas hati....
alamak salesgirl tu layan kita sebaik mungkin...... haha, sama jalan je dengan boss dia. cadang nak beli yang ada window mobile, tapi mahal sangat, lagipun ami kata hurufnya kecil sangat dengan mata 4 melainkan sambung ke comp....
akhirnya tergoda juga.... belilah samsung jet... dengan harapan kawan menepati janjinya untuk membayar hutang akhir bulan ini yang sudah tertangguh 3 bulan.
jangan jeles ye....
Thursday, April 1, 2010
PENKEK
Breakfast ni memang dah biasa makan, cuma orang lain yang buat, tapi pagi ni rasa nak makan dan pakar penkek - Aid dan Ati tiada di rumah, terpaksalah buat sendiri, lagi pun dah macam jadi favourite family, Jupa dapat 1/2 keping pagi tadi dan habis di makannya.
resipinya mudah sangat:
1 cawan self raising flour
1 cawan full cream milk
1 biji telur
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
semuanya di blend.
panaskan kuali leper, spray dengan minyak, masukkan sesenduk dan masak hingga berbubble lalu terbalikkan.
ulang hingga habis
makan dengan penkek syrup dan butter..... hmmmm sedap
Subscribe to:
Posts (Atom)