resipi pau yang gebusss,lembut macam yang terdapat dikedai nyonya. ia menggunakan tepung gandum pau special atau juga dinamakan tepung hong kong. tepung ini juga kalau buat kek memang menjadi lembut dan halus, tetapi harganya mahal sedikit dari tepung gandum biasa.
dijual di kedai bahan kek citarasa Kota Bharu RM7.00/1 kg pada 25hb Feb 2010
Resipinya:
Bahan A:
450gm tp Hong Kong
20gm yeast segera
1 tbsp susu manis
230gm air
Bahan B
100gm tp Hong Kong
180gm gula pasir
40gm shortening
2tbsp DA baking powder
1 tsp bread softner
bahan C
100 gm air + sedikit garam
1/2 tsp ammonia
cara2nya:
gaulkan A dalam mixer hingga menjadi doh yang licin.
perap 30min sehingga doh menjadi double.
selepas 30min satukan A, B dan C dan ulidengan mixer 15-20min.
doh nampak lembik sedikit daripada adunan pau biasa. jangan campur tepung lagi.
saya tambah tepung dan pau menjadi pecah seperti bunga apabila masak.
timbang doh 30gm dan isi dengan inti kesukaan sendiri.
saya isi dengan inti kacang merah buatan sendiri yang menjadi all time faavourite anak2 dan mendapat dalam 45 biji pau yang sederhana size.
tunggu lebihkurang 15min dan kukus 8-10 minit.
memang tidak mengecewakan. cubalah.....
No comments:
Post a Comment