Saturday, February 27, 2010

PAU HONG KONG
















resipi pau yang gebusss,lembut macam yang terdapat dikedai nyonya. ia menggunakan tepung gandum pau special atau juga dinamakan tepung hong kong. tepung ini juga kalau buat kek memang menjadi lembut dan halus, tetapi harganya mahal sedikit dari tepung gandum biasa.
dijual di kedai bahan kek citarasa Kota Bharu RM7.00/1 kg pada 25hb Feb 2010
Resipinya:
Bahan A:
450gm tp Hong Kong
20gm yeast segera
1 tbsp susu manis
230gm air
Bahan B
100gm tp Hong Kong
180gm gula pasir
40gm shortening
2tbsp DA baking powder
1 tsp bread softner
bahan C
100 gm air + sedikit garam
1/2 tsp ammonia
cara2nya:
gaulkan A dalam mixer hingga menjadi doh yang licin.
perap 30min sehingga doh menjadi double.
selepas 30min satukan A, B dan C dan ulidengan mixer 15-20min.
doh nampak lembik sedikit daripada adunan pau biasa. jangan campur tepung lagi.
saya tambah tepung dan pau menjadi pecah seperti bunga apabila masak.
timbang doh 30gm dan isi dengan inti kesukaan sendiri.
saya isi dengan inti kacang merah buatan sendiri yang menjadi all time faavourite anak2 dan mendapat dalam 45 biji pau yang sederhana size.
tunggu lebihkurang 15min dan kukus 8-10 minit.
memang tidak mengecewakan. cubalah.....

Tuesday, February 23, 2010

TANGGUH DULU

Dalam kekalutan menghabiskan diploma DAIJ, dengan assignments dan tests, juga terapi fisio, appointment dengan doktor pakar Cardio dan Ortho, rasanya macam sudah tak larat lagi badan menanggung. penyakit tetap ada, hilang di bahagian tangan, timbul sakit di pinggang dan berat di kepala. Rasa ringan badan sikit, dada pula rasa sebak.

Temujanji dengan doktor pakar Cardio, memakan masa setengah hari, lepas satu di periksanya, macam tak puas hati sahaja doktor tu, selepas ambil darah, buat ECG. lepas tu diberi appointment buat stress test dan echo. Terima sahajalah. Ini adalah untuk kebaikan.

Alhamdulillah, ini juga adalah ujian Allah.....

"tiada tempat untuk ku mengadu, hanya kepada Allah"

nampaknya latihan peguam syarie dimahkamah dan pejabat peguam terpaksa ditangguh sementara.

Biar lambat asalkan selamat.

Tuesday, February 16, 2010

OH AQILAH


entah bila gambar ini diambil....
siapa kameramannya?
posing sakan....

Monday, February 15, 2010

DILEMMA

mengalah bukan bermakna kita kalah
kelu membisu bukan bermakna kita setuju
cuma diri tidak mampu untuk berbicara
dikhuatiri dikuasai
syaitan yang sentiasa menanti
kelemahan diri.....

dalam senyap kita merancang dan berusaha
membaiki diri dan menaruh harapan
dengan bergantung sepenuhnya kepada Illahi
yang maha Esa dan Maha Kuasa.

***************
doa yang diajar dalam slot tafsir di radio IKIM
"Ya Allah Kurniakan kepada ku ganjaran atas segala musibah yang menimpaku,dan gantikan dengan yang lebih baik"

Friday, February 12, 2010

ZULFA LAGI

Alangkah seronoknya menjadi kanak-kanak, tiada tension, tiada masalah, tiada exam....

dapat susu, makanan, badan bersih..... tak demam/sakit; gembira memanjang.....

MAKAN MAKAN DIKUALA LUMPUR

Ini memang tempat feveret kami,,,, kalau dulu2 ke KL makan McD, Kenny Rogers, secret recipe,tetapi tu semua dah ada di KB..... bila tengok Aid makan berselera sungguh....habis licin tidak membazir.... habis semua di sapu, memang puas hati.

Saturday, February 6, 2010

ESOK KE KL

Sebenarnya memang tidak ada dalam perancangan untuk ke Kuala Lumpur dalam sehari dua ini. hari isnin dah ada appointment fisio dan temujanji ambil darah untuk pemeriksaan pakar cardio dua minggu lagi.

tetapi kebetulan ati ada dua temuduga untuk dihadiri di Kuala Lumpur UKM dan di cyberjaya, maka ambil peluang "iring dan teman" ati ke KL.

akan berada di sana hingga rabu, dan balik ke Kota Bharu khamis.

kalau sempat boleh juga singgah ke library UIA.

siapa-siapa nak belanja kita di KL bolehlaaaah