Thursday, November 5, 2009

KL LAGI




ini saja nak testing keupayaan camera.
Baru sahaja sampai dari KL petang tadi, setelah 1 malam di sana, kali kedua dalam tempuh 10hari. ha ha macam business besar...


kali ini di KL, memborong 3 pasang kain (gambar di atas). bila difikir semula seolah-olah satu pembaziran yang amat jelas. bila difikar semula kira okey juga, sebab raya lepas memang tidak membeli baju raya langsung.
sempat lagi beli satu set cadar made in malaysia sebabnya window display dia cantik, dan bila ditanya ada 70% diskaun dan free 4 biji bantal.


masa beli tu tidak terfikir nak bawa balik macam mana. dua bungkusan yang bulky, dengan bahu dan pergelangan kaki yang sakit..... panik dibuatnya, bila di fikir2 rasanya di KB pun ada cuma bila di KB tiada luang nak meronda.

alhamdulillah selamat sampai di rumah bersama2 cadar dan 4 biji bantal, setelah di compress dengan plastik clingwrap di LCCT dan masuk baggage, legaaa..

nanti ada peluang gi borong tempat lain pulak. insyaAllah, moga sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatanNya, dimurahkan rezeki, di panjangkan umur dan beri badan yang sihat.

No comments: