selepas seminggu "doing nothing", semalam mula kalut dengan program dan aktiviti sosial. hari khamis meyiapkan 2 loyang brownies untuk pelanggan tetap dan selepas zohor, menghadiri pertunjukan fesyen pesona gala cik siti wan kembang anjuran kelab muslimat PMBK. boleh tahan juga sebab venuenya di dewan persidangan Kelantan Trade Centre, tetapi sesiapa yang tidak dapat hadir pun rasanya tak rugi juga, dan yang pergi pun tak rugi juga.
semalam berjumpa sahabat2 di Nilam Puri, konon untuk berbincang nak buat perjumpaan disamping membantu sahabat2 yang bernazar kambing kerana mendapat pengiktirafan sijil. selepas berbincang dan berbincang, mereka sendiri sanggup untuk mengurusnya.. Alhamdulillah
lega rasanya.......
apartment masih kosong lagi, tanpa katil tilam bantal tv, fridge pinggan cawan + + + daripada benda yang besar sehingga perkara yang sekecil2nya.
yang ada hanya 2aircond, kipas, langsir dan cerek electrik. cuba bayangkan..... banyak perkara lagi yang perlu diuruskan.
so hari ini bercadang nak mengintai beberapa kedai perabut untuk mencari tilam dan yang berkaitannya, kerana cuti sekoah hampir tiba dan kalau boleh nak juga disewakan untuk beberapa hari.
insyaAllah.
No comments:
Post a Comment