Saturday, October 31, 2009

TEMPAHAN BROWNIES II

TEMPAHAN BROWNIES DITERIMA SEKARANG SELEPAS SEBULAN BERCUTI KERANA urusan PINDAH RUMAH

BROWNIES: 1 KOTAK MASIH LAGI RM40

cookies untuk hari raya haji 1430:
1. CHOCOLATE CHIP COOKIES - RM 18/BALANG
2. SNOW ALMOND - RM 20/BALANG



UNTUK TEMPAHAN SILA TELEPON 013-9225100 ATAU

EMAIL: mbernawi@gmail.com

AKTIVITI CUTI

selepas seminggu "doing nothing", semalam mula kalut dengan program dan aktiviti sosial. hari khamis meyiapkan 2 loyang brownies untuk pelanggan tetap dan selepas zohor, menghadiri pertunjukan fesyen pesona gala cik siti wan kembang anjuran kelab muslimat PMBK. boleh tahan juga sebab venuenya di dewan persidangan Kelantan Trade Centre, tetapi sesiapa yang tidak dapat hadir pun rasanya tak rugi juga, dan yang pergi pun tak rugi juga.

semalam berjumpa sahabat2 di Nilam Puri, konon untuk berbincang nak buat perjumpaan disamping membantu sahabat2 yang bernazar kambing kerana mendapat pengiktirafan sijil. selepas berbincang dan berbincang, mereka sendiri sanggup untuk mengurusnya.. Alhamdulillah
lega rasanya.......

apartment masih kosong lagi, tanpa katil tilam bantal tv, fridge pinggan cawan + + + daripada benda yang besar sehingga perkara yang sekecil2nya.
yang ada hanya 2aircond, kipas, langsir dan cerek electrik. cuba bayangkan..... banyak perkara lagi yang perlu diuruskan.

so hari ini bercadang nak mengintai beberapa kedai perabut untuk mencari tilam dan yang berkaitannya, kerana cuti sekoah hampir tiba dan kalau boleh nak juga disewakan untuk beberapa hari.

insyaAllah.

Thursday, October 29, 2009

JALAN BAYAM

exam dah selesai, kl pun dah pergi dan balik.... rasanya kosong sangat, ialah tak payah nak ikut jadual, tak de quota berapa buku kena baca, lagipun dirumah sekarang tak de program tv apatah lagi astro.

rumah pulak dekat dengan bandar, keluar sekejap nak berurusan dengan kawan balik ingat nak gi ke tesco lalu depan rumah, singgah rumah dulu, pas tu selesa dirumah tak pergi shopping keperluan dapur.... jadinya tak de benda nak makan malam ni.. aduhai..

keluar rumah lalu dua traffic light sampai pula ke KTC....

pusing ke kiri, lalu satu traffic light, jumpa pasar segar... semuanya dekat.

tetapi masih juga memerap kat rumah. ada beberapa bahan untuk kelengkapan rumah tak beres lagi, hai nak tunggu bila agaknya...

esoklah... insyaAllah

Friday, October 23, 2009

ALAHAIII....

alhamdulillah exam pun dah selesai, harap-harap lulus semua paper, bila dah lulus harap-harap cemerlang pulak..... manusia memang sentiasa tidak merasa cukup.....

rumah macam kapal karam - perpindahan dari nilam puri ke jalan bayam..... tapi lusa saya akan ke Kuala lumpur, peduli apa kan... nak makan di johnny dengan aid dan ayen,
nak relax minda dan badan.

baru2 ni cek di booth lumine, alamak umur jantungku tahap umur 70an, tapi doktor pakar chek baru ni ,jantung masih dalam keadaan "elok", elok macam mana tu wallahu alam.

oklah nak tido ni, orang tua tak baik tidur lewat.....
nanti sakit menyusahkan orang lain sahaja....

sorilah melalut hari ni - ini kes otak dah saturated sangat ha ha



Saturday, October 17, 2009

LEGAAAA...

alhamdulillah 4 papers telah pun selesai, itu yang senyap sunyi beberapa hari ni. dan hanya perlu mengharungi satu paper lagi iaitu perwarisan harta pusaka.


tugas2 yang menunggu giliran. perkakas rumah dan pejabat perlu diangkut ke premis baru. banyaknya barang perlu dipek, separuh disimpan dan banyak juga perkakas yang perlu dibuang samada rosak tak boleh baiki, terlalu uzur, out of date, tak muat (baju) dan memang sudah menjadi sampah pun. barang dapur pula ada 1/2 lori kot, oven freezer fridge, loyang2 kuih, alahai....
nak cari carpet..
tukar address tel, streamyx, astro,bank2 dan yang berkaitan dengannya.
atau apply line telefon baru......
apa lagi? rasa macam banyak sangat..... ialah bila masalah bercampur dengan exam yang memang kurang mentalaah aemuanya jadi berat.....

25hb. Okt nak ke KL pula, saja nak relaks otak, kerana last paper habis 23hb. lagipun zahid nak sambung ke semester 2 di UIA PJ. nak tidur mana? belum fikir lagi.

Sunday, October 4, 2009

NEW ADDRESS

bermula 1 November 2009, alamat office dan kediaman kami akan bertukar. ini disebabkan beberapa faktor:
  1. to accomodate Ati yang akan balik pada penghujung bulan November. rumah yang ada sekarang tidak sesuai lagi.
  2. Ayen telah pun berpindah ke melaka, business komputernya kira tutup. dan tuan rumah tidak senang apabila kedai yang disewakan sentiasa ditutup.
  3. untuk mencari kediman yang lebih dekat dengan bandar dan hospital, usia penghuni rumah pun semakin bertambah, tidak berupaya untuk berkejar selalu ke bandar untuk kebanyakkan urusannya.
  4. insyaAllah dengan pertukaran alamat ini, akan bertambah rezeki kami, diberikan badan yang sihat dan sentiasa berada dalam kerahmatan dan keberkatanNya.

rumah ini adalah rumah lama, teres 2 tingkat, 5bilik tidur dan 3 bilik air. tingkat bawah akan diubah menjadi ofis consultant dan mini bakeri untuk projek brownies dan cookies. maybe juga ofis peguam syarie ku.... insyaAllah. ada satu bilik kecil, semua dokumen akan disimpan di situ untuk nampak lebih kemas lagi.

tingkat atas, dijadikan kediaman, sebab dia lengkap dengan famili room, master bedroom dan 2bilik kecil sesuai untuk satu bilik anak bujang dan satu untuk bilik anak dara.

masih lagi menyewa. perpindahan yang akan datang insyaAllah terus masuk ke kediaman SENDIRI.