Monday, December 1, 2008

ZULHIJJAH 1429

BULAN ZULHIJJAH mengigatkan kita kepada beberapa amalan tertentu, dan kemuncak segala amalan itu ialah menunaikan haji ke Makkah al Mukaramah.

LABAIKA ALLAHUMMA LAABAIK.....

bagi mereka yang telah menunaikan fardu haji, atau belum mampu untuk berkunjung ke tanah suci, amalan tertentu lain boleh dikerjakan seperti berkorban binatang ternakan, berpuasa sunat di 8 hari awal bulan, dan puasa sunat di hari Arafah.

Nabi Mohammad saw mempraktikan berpuasa dari 1 sampai 9 zulhijjah, 9hb Zulhijjah itu yang dinamakan puasa Arafah dimana kelebihannya berpuasa pada hari ini ialah dosa hamba-Nya yang berpuasa itu diampunkan setahun yang lalu dan setahun akan datang - riwayat hadis Imam Muslim.

Puasa sunat ialah puasa yang dikerjakan kerana semata-mata untuk mengharapkan akan keampunan, keredaan, balasan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Puasa sunat boleh dikerjakan pada bila-bila masa yang diingini jika seseorang itu merasa ia berkemampuan untuk melaksanakannya kecuali pada hari-hari yang telah diharmkan dan pada hari-hari yang makruh berpuasa.

Puasa yang diharamkan:
Berpuasa pada hari raya Aidil Fitri (1 Syawal).
Berpuasa pada hari raya Aidil Adha (10 Zulhijjah).
Berpuasa pada hari-hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 zulhijjah.

dan inilah hari-hari yang paling seronok, kerana kita diganjarkan pahala dengan sebab tidak berpuasa.

No comments: