Sunday, June 29, 2008
CORNFLAKE COOKIES dan ALMOND SLICES
hari ini aku menyibukkan diriku mencuba dua jenis cookies, iaitu biskut cornflake dan almond slices, tapi tak berapa puas hati dengan hasilnya. biskut cornflake terlalu manis dengan citarasaku dan almond slices pula rasa macam biasa2 saja. boleh jadi cookies to baru je keluar dari oven, dan esok mungkin rasanya lebih baik dari hari ini, harap-harapkan. esok aku akan mencuba resipi almond bar, resipi tahun lepas lagi pemberian anak saudaraku.
MAPT TEST
Alhamdulillah aku telah lepas hurdle pertama dan lulus ujian MAPT, dan menunggu arahan seterusnya. aku hanya berdoa meminta agar diberi yang terbaik dan termampu untukku.
Tuesday, June 10, 2008
kek butter perisa pandan
malam ni terasa macam nak makan kek butter yang lemak berkrim..... tetapi sekarang dah hampir pukul 10.30malam. sedapnya....
ujian MAPT
ujian MAPT ku pada 14hb. Jun 2008, jam 9.00pagi. sekarang ni baru nak buka nahu, katanya ada i'rab, sarf, nahu dan semuanya online. pembelajaran bahasa Arab dah lama tinggal. macam mana ni??? niat memang nak sambung belajar bukan kerana ijazah yang di tawarkan, tapi memang hendak berada sentiasa dalam keadaan menuntut ilmu, apatah lagi sebahagian pembelajaran dalam bahasa arab, tempat perjumpaan dekat dengan kediaman dan ditaja sepenuhnya. semuanya kebetulan belaka dan kalau tidak diambil peluang ini, bila lagi? ialah bak orang kata, masa yang sesuai, tempat yang sesuai dan dalam keadaan yang sesuai.
baiklah setakat ini sahaja, nak mencari buku nahu yang lama-lama, insyaAllah lulus ujian MAPT nanti untuk meneruskan perjuangan ku untuk menegakkan syiar Islam.
baiklah setakat ini sahaja, nak mencari buku nahu yang lama-lama, insyaAllah lulus ujian MAPT nanti untuk meneruskan perjuangan ku untuk menegakkan syiar Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)