SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA.

Syawal telah lama berlalu, Zulkaedah juga baru beberapa hari meninggalkan kita, dan hari ini telah pun memasukki 4hb. Zulhijjah. Bagaimana sahabat2 sekelian menghadapai bulan yang mulia ini.
telah disimpulkan oleh beberapa ulama tentang kelebihan pada 10 hari pertama di bulan Zulhijjah:
: لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
- Sudah semestinya ialah menunaikan fardu Haji dan Umrah
- berpuasa pada 9 hari pertama bulan Zulhijjah. “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]....... berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya. iaitu Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang..... Setengah ulama’ lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
- keluar ke masjid untuk solat berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat
- berzikir dan bertahlil, iaitu (mengucapkan La-ilaha-illaLlah)
- menjalankan ibadat Qurban iaitu menyembelih seekor kambing atau 1/7 bahagian lembu atau unta, mengikut kemampuannya.
- Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} [Al-Ankabut: 69].