bulan Zulhijjah akan menjelang lusa, dan para jemaah yang mendapat jemputan dari Allah SWT telah membanjiri Kota Mekah dan bersiap sedia untuk menjalankan ibadat haji mereka. semoga mereka mendapat haji yang mabrur.
bagi kita yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji atas sebab-sebab yang diluar kemampuan kita, masih ada peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat dan mendapat pahala yang dijanjikan.
diantaranya ialah:
Amalan pada sepuluh hari terawal di bulan Zulhijjah, ini berdasarkan tafsiran ulama-ulama kepada ayat al-Quran Surah al-Fajr: 1-2,
Yang bermaksud: Demi fajr dan malam yang sepuluh.
Ibn Kathir memaksudkan sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah, juga tafsir dari Ibn Abbas dan lain.
beberapa hadis telah meriwayatkan kebesaran hari-hari yang sepuluh ini, maka perbanyakkanlah amalan sunat kita dan perbaikkan amalan wajib kita.
Di anatara Amalan-amalan yang baik dilakukan ialah:
- SOLAT: iaitu amalan umum untuk semua waktu, tetapi cubalah keluar cepat menuju ke rumah Allah SWT untuk berjemaah solat fardu dan perbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan.
- PUASA di hari 9 awal Zulhijjah amat digalakkan. "Rasulullah saw berpuasa pada hari kesembilan zulhijjah, 10 Muharram dan tiga hari setiap bulan. Puasa pada hari kesembilan (hari Arafah) ganjarannya ialah diampunkan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.
- TAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID - perbanyakkan mengucapkan Allahu akbar, La illaha illaLlah dan Alhamdulillah
marilah kita sama-sama menyambut kedatangan 10 awal Zulhijjah lusa dengan azam yang kuat, bertaubat bersungguh-sungguh, meninggalkan segala perbuatan dosa. bekerja kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Disini ada satu peringatan kepada semua yang telah menanam niat untuk berkorban pada hari raya haji nanti:
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Apabila masuk sepuluh awal Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang bulu dan kukunya
(HR Muslim)