semalam telah menghadiri taklimat untuk ijazah master dengan pelajar-pelajar baru sambil bersua muka dengan teman-teman sekuliah syariah dan usuluddin. Memang rindu selepas beberapa bulan tidak bertemu. Kami sangat rapat kerana tidak ramai pelajar muslimat samada di kuliah syariah atau pun di kuliah usuluddin.
selepas taklimat sempat kami menjamu makan tengahari, siapa lagi kalau bukan Cikgu rosmani yang belanja. Moga ditambah rezekinya lagi...
memang padat juga jadual semalam, selepas tu bergegas menunaikan Zohor lalu terus ke Bazaar Tok Guru di Kota Bharu, sebab Rosmani ada urusan membeli kain telekong untuk saudara marannya yang akan menunaikan ibadat haji.
Lepas itu terus ke Pintu Geng ke rumah seorang muslimat meraikan anaknya yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa arab di Mesir. di sana kebetulan bertemu dengan ibu mertuanya yang berumur dalam lingkungan lewat 80an, masih boleh melihat walaupun dengan cermin mata, masih boleh membaca Alquran, masih ingat semua bacaan solat.... Rasa sungguh terharu kerana soalan pertamnya ialah apakah doa yang dibaca untuk tetap istiqamah dalam islam dan juga mati dalam iman.
Yang mudahnya minta terus.."Ya Allah matikanku dalam iman dan Islam" dan ditambah lagi dengan "dalam keadaan syahid",
ke ada doa lain yang lebih mantap lagi...........
Sunday, September 9, 2012
Tuesday, September 4, 2012
YEAH....SUDAH REGISTER SESSI 2012-2013
Alhamdulillah, akhirnya berjaya mendaftar untuk sessi 2012-2013 melalui e-application di MyUM. tersangat mudah, hanya perlu ingat ID dan password untuk log in, dan valid credit card atau internet banking.
Yuran untuk semester ini RM512.00, tetapi oleh kerana ada baki RM360.00 dari semester lepas, jadi jumlah yang dibayar hanya RM152.00.
ok.... register sudah, bayar yuran pun sudah, tajuk sahaja belum confirm. Cara-cara buat proposal rasanya masih ingat lagi.... ayuhhhh mulakan langkah dan jangan berdaleh lagi....
Akan diupdate lagi selepas ini insyaAllah.
Yuran untuk semester ini RM512.00, tetapi oleh kerana ada baki RM360.00 dari semester lepas, jadi jumlah yang dibayar hanya RM152.00.
ok.... register sudah, bayar yuran pun sudah, tajuk sahaja belum confirm. Cara-cara buat proposal rasanya masih ingat lagi.... ayuhhhh mulakan langkah dan jangan berdaleh lagi....
Akan diupdate lagi selepas ini insyaAllah.
Monday, September 3, 2012
DAFTAR UNTUK MASTER IJAZAH SESSI 2012/2013
Assalamualaikum,
dalam kesibukan berpindah rumah, menghayati Ramadan, meraikan Syawal, terlupa pula nak maklumkan tentang peperiksaan Master ijazah untuk Semester 1 & 2, yang telah berlalu sebelum majlis menyambut menantu untuk Ayen.
Alhamdulillah telah lulus dengan CGPA 3.25, dan seterusnya meneruskan mencari tajuk untuk dissertasi dan penulisan.
Target kami ialah Convocation pada tahun 2014, tidak mustahil kalau benar-benar berusaha, kerana memang telah ramai yang dapat melakukannya.
kalau diikutkan, hari ini mula mendaftar untuk sessi semester 3, 2012/2013. jumlah yuran belum diketahui berapa banyak yang perlu dibayar, walaubagaimanapun masih ada lagi RM360 lagi baki dengan bahagian akaun University Malaya, ini kerana dapat pelepasan 50% untuk warga emas. jadi rasanya tidak banyak lagi yang perlu ditambah.
sesiapa yang rasanya ada tajuk atau point, diharap dapat memberi feedback agar dapat melegakan kebuntuan mencari tajuk.
ada terawang-awang di minda untuk mengambil tajuk PENGAGIHAN HARTA PUSAKA, cuma takut tidak cukup bahan rujukan, disebabkan kurang mahir pembacaan buku-buku teks arab....
sesiapa boleh tolooong.....
POST RAMADAN
Ramadan telah pun berakhir, dan Syawal telah dua minggu berlalu, ahkirnya hari ini hari keenam puasa sunat ayawal, alhamdulillah.
walaupun Ramadan telah berakhir, sebenarnya inilah permulaan kita meneruskan/ istiqamah apa yang telah kita amalkan di bulan Ramadan, walaupun tidak mampu semuanya, lakukan sebahagiannya.
Amalan fardi:
walaupun Ramadan telah berakhir, sebenarnya inilah permulaan kita meneruskan/ istiqamah apa yang telah kita amalkan di bulan Ramadan, walaupun tidak mampu semuanya, lakukan sebahagiannya.
Amalan fardi:
- puasa sunat
- solat sunat, solat malam
- sedekah
- i'tikaf
- kurangkan bercakap lagha
- kurangkan hiburan
- bacaan/tadabbur alQur'an
- menadah ilmu
amalan jama'i bagaimana pula?
Subscribe to:
Posts (Atom)