Sunday, March 21, 2010

BACA & BACA

hari ni bertungkus lumus cuba membaca Enekmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah dan Enekmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. wheww...

rasa kebal otak ni nak dimasukkan info

lepas tu sambung pulak baca rukun haji dan wajib haji yang sudah dimulakan 2 hari lepas - amalan Rasulullah saw dan perbincangan 4 mazhab dari buku perundangan Islam & fiqh.... harap nanti pergi kursus dah ada asas sikit.

Thursday, March 18, 2010

JUAL?, TAK JUAL....

(gambar dari internet)


dua tiga hari ni tapak tangan kanan asyik gatal je, kata orang rezeki nak masuk.... fikir banyak juga tapi rasanya tak de ruang duit nak masuk. kalau gaji.... sekarang baru tengah bulan. biasa dapat duit raya dari kampung tapi syawal jauh lagi, nak harap orang bayar hutang, tak de orang berhutang pun..... nak harap projek, belum start lagi hehe....

so secara kebetulan....

tetiba sahaja petang tadi ada sahabat telefon, ada customer dia offer nak beli apartment di KTC. nak tau berapa? 250K.......... a quarter million. terkejut kita... masa tu dalam kereta and abah was driving.... itulah... rezeki dari Allah.... be positive yakin janji Allah

so anaknda2 macam mana? Ami dan am kata ok. katanya boleh beli apartment yang lain pulak di samping itu cadangannya nak buat a small, simple & compact house fully furnished complete with built in cabinets, less than 80K... boleh dapat ke... tapak dah ada & bata tak payah beli.

kalau ada idea untuk compact house tu, pun on paper deh......

ini baru koya dulu, ahad ni baru confirm.... setuju pada dasarnya.

jual pun tak pe, tak jual pun tak pe.....

Monday, March 15, 2010

ASSIGNMENT DAIJ

hari ini meredah lagi ke mahkamah. kali ini masuk ke pejabat pula, mencari kes2 unreported untuk menyiapkan assignment untuk semester ini.



badan ni rasanya macam tak sanggup je nak buat kerja-kerja ini. bila balik ke rumah terus ko. kurang-kurang pun 1 jam "dibazirkan" untuk mengembalikan tenaga(tidurlah tu).

1 jam lagi tengok movie di tv

layan facebook - 10min pagi -10min tengahari; 10 minit petang; 10 min malam


tapi perancangan banyak lagi....
  • final exam DAIJ bulan Julai
  • cookies projek bulan Ogos
  • belajar 'kaifiat' menunaikan haji
  • sambung Master selepas musim haji...... ye ke ni?

tetapi kalau tak de perancangan, nothing to look foward....

Monday, March 8, 2010

hari ni ke KB Mall lagi. giliran membawa aid pulak membeli supply untuk dibawa balik ke asrama

  1. baju raihan
  2. toiletries
  3. snek2
  4. novels di Popular

itu pun tak habis lagi sebab, nanti mesti ada lagi last minute yang terlupa nak beli. mak bagi tempoh sehingga khamis, lepas tu sorilah pergi sendiri.....

lepas kira2 belanja... wow banyak juga

tetapi ati banyak lagi.

aid tanya, ati belanja banyak mana?

mak kata: selagi muat kereta kancil tu... hehe

Monday, March 1, 2010

BABYSIT

1st of March.......

today i babysit my almost 4year-old granddoughter. quiet fascinating...
picked her up from pasti
prepared her lunch
entertained her with barbie games
bathed her
dressed her in her pak am's t-shirt and
cuddled her to sleep

at 5.00pm, when I left for usrah she was still asleep.
her pat mat is only next room ready to jump to any sound from her.

biasanya dibiarkan saja mak atinya melayan, tapi hari ini mat ati nya ke KL dah start chapter baru - berkarier (kerja makan gaji)