hari ini 2hb Januari, hari kedua untuk tahun 2010. sudah mula beraksi serius. buku undang islam - jenayah, keterangan islam sudah diselak dan sekarang berada dimuka surat 9, selepas 2 minggu cuti tanpa gaji melayan movie marathon untuk krismas dan new year. tak cukup dengan itu, tonton lagi movie yang di download - ketika cinta bertasbih, julie dan juliet, the proposal, bride war dan beberapa lagi. memang betul2 cuti minda.
minggu depan mula kelas daij, dan memang ditunggu2, rindu kepada sahabat2 sekelas.... yuran semester lepas pun sudah jelas, result peperiksaan dan dapat untuk 3 subjek sahaja dan alhamdulillah lulus, ada dua lagi yang masih di tunggu dengan debaran.
tahun ini mungkin ada perubahan sikit jadual harian agaknya. aqilah sudah masuk nursery berdekatan dengan rumah, ingat ingin membantu agar dia boleh membaca awal sebelum masuk ke alam persekolahan seperti pak mat dan mak atinya.
memang banyak kelebihan bila boleh membaca awal.
harap doakan agar tahun ini dapat dilalui dalam rahmat dan keberkatanNya, bahagia, badan yang sihat dan rezeki yang melimpah ruah, amiiin